Perasan atau tidak, sedar atau tak....
Anak-anak Wan Khalid (gen-K1) boleh dikatakan sehati.... mana taknya, hampir kesemua menggunakan huruf pangkal A untuk nama anak sulung mereka (kecuali mak long dan mak cik)
Tengok list ni (nama gen-K2 yang sulung) :-
1. Azzatul Haniza (Pak Ngah)
2. Anas Irwan (Pak Lang)
3. Aizah Azrina (Pak Njang)
4. Azida Nurasyikin (Pak Ndak)
5. Aris Zaidi (Pak Teh)
6. Arham Hafezze (Pak Tam)
7. Atiqah Hazirah (Pak Su)
Famili Pak Ngah dan Pak Tam lagi laaa.. dari bapa, mak dan semua anak-anak, nama bermula dengan huruf A. Interesting kan.....
*More to come on Fakta Menarik Gen-K, just look out!
Selasa, 30 Disember 2008
Sabtu, 27 Disember 2008
JANUARI 2009 (Capricorn & Aquarius Diraikan)
| 5hb | Pak Njang Mardzuki | 60 tahun |
| Kak Chik Shamsiah (Mak Long) | 28 tahun | |
| Ammar (Pak Teh) | 15 tahun | |
| 6hb | Amin (Kak Hani Pak Ngah) | 36 tahun |
13hb | Kak Sidah (Abg Andy Pak Ngah) | 35 tahun |
| 20hb | Kak Hani (Pak Ngah) | 36 tahun |
| 22hb | Mak Su Wan | 38 tahun
|
23hb | Abang Lah & Kak Bibah (Mak Long) | 10th anv |
| 25hb | Abang Lah (Kak Bibah Mak Long) | 43 tahun |
| Mustika Shuib | 19 tahun | |
| 29hb | Fozi (Kak Ton) | 42 tahun |
| 31hb | Azida Nurawatif (Pak Ndak) | 22 tahun |
Selamat Tahun Baru 2009
Salam buat semua Gen-K (Generasi Khalid),
Apa habaq? Nampak macam ujung-ujung taun ni semua orang sibuk. Tgk kat laman blog ni pun mcm tak dak orang singgah pun. Dah sibuk nak wat camna kan? Tapi kalau ada apa2 berita atau cerita yang boleh kita sama-sama kita se gen-k berkongsi, tolonglah paparkan kat blog ni.
Tahun 2009 tak berapa hari lagi. Amacam perancangan? Atau dok macam taun 2008 gak? Aktiviti keluarga bagi tahun 2009 pulak macam mana? Ada bau nasi minyak lagi ka? Yg kompom dah Masni. Yang lainnya bila lagi? Dan macam mana taun-taun terdahulu, ahli keluarga khalid sudah pasti akan bertambah. Kak Cik Syamsiah, Kak Long Syikin, Faizah Iwan rasanya mungkin tengah mabuk, penin2, alhamdulillah laaaa....
Apa pun kita mengharapkan yang terbaik bukan yang terbalik buat semua untuk tahun 2009. Semoga keceriaan dan ikatan sesama kita akan terus terjalin, amin amin ya robbal a' lamin.
Apa habaq? Nampak macam ujung-ujung taun ni semua orang sibuk. Tgk kat laman blog ni pun mcm tak dak orang singgah pun. Dah sibuk nak wat camna kan? Tapi kalau ada apa2 berita atau cerita yang boleh kita sama-sama kita se gen-k berkongsi, tolonglah paparkan kat blog ni.
Tahun 2009 tak berapa hari lagi. Amacam perancangan? Atau dok macam taun 2008 gak? Aktiviti keluarga bagi tahun 2009 pulak macam mana? Ada bau nasi minyak lagi ka? Yg kompom dah Masni. Yang lainnya bila lagi? Dan macam mana taun-taun terdahulu, ahli keluarga khalid sudah pasti akan bertambah. Kak Cik Syamsiah, Kak Long Syikin, Faizah Iwan rasanya mungkin tengah mabuk, penin2, alhamdulillah laaaa....
Apa pun kita mengharapkan yang terbaik bukan yang terbalik buat semua untuk tahun 2009. Semoga keceriaan dan ikatan sesama kita akan terus terjalin, amin amin ya robbal a' lamin.
Khamis, 4 Disember 2008
CUTI RAYA
Esok dh hari jumaat, last day keje before cuti raya............. Apa perancangan masing-masing? Mungkin ada yang tak dapat balik kedah kut....maklum la cuti dh abis....... Tapi raya tetap raya, tk kira di mana jua....... bagi kami yang dapat balik nih........ dh tk sabar rasanya nk jengah ke sana........ ermm, apa plan kt kedah ek.....??????
Ahad, 30 November 2008
BIRTHDAY ON DECEMBER
SENARAI NAMA YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN DAN PERKAHWINAN BULAN DECEMBER INI
1hb Mak Long Sofiah 67 tahun
3hb Mak Teh Yam 53 tahun
22hb Pak Long Yaakob & Mak Long Sofiah 48th annv.
24hb Pak Cik Zul & Mak Cik Fauziah 21st annv.
Keluarga Khalid mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada semua, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
1hb Mak Long Sofiah 67 tahun
3hb Mak Teh Yam 53 tahun
22hb Pak Long Yaakob & Mak Long Sofiah 48th annv.
24hb Pak Cik Zul & Mak Cik Fauziah 21st annv.
Keluarga Khalid mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada semua, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
Rabu, 12 November 2008
Mengemaskini Maklumat Keluarga
Salam buat semua. Minta tolong update maklumat keluarga buleh dak? Sebab yang ada dalam simpanan dah lama sangat. Kalu buleh sertakan maklumat terbaru ahli keluarga seperti:
- alamat rumah terkini
- no tipon, handpon
- emel
- tarikh lahir, tarikh ulangtahun kawin
- keja kat mana
- nama ahli keluarga terbaru (dlm tempoh 3, 4 taun ni)
- apa2 lag yg patut dikongsi
Maklumat ni buleh dihantaq ke keluargakhalid@yahoo.com. atau klik dan antaq kat ulasan di bawah ja.
Lagi satu pasai nak mengendalikan blog keluargakhalid ni. Selepas diactivatekan blog, adala yang lain tolong tacap sana, tonyoh sini bagi menjadikan blog dini terkini. Rasa semangat plak bila ada yg rajin bagi response, update dan buat grafik yg cantik2 nih....So, kalau sapa2 yang berminat nak membantu adalah dialu-alukan, jadi kita semua ahli keluarga sama-sama membangunkan blog ni.
Harap-harap blog ni akan lebih meriah lepaih ni.
Sabtu, 8 November 2008
Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM
Sabtu, 1 November 2008
Ulang Tahun November
Sepanjang November ni, ahli keluarga Khalid yang menyambut hari lahir dan juga ulang tahun perkahwinan adalah seperti berikut:
1. 04 November - Kak Long Syikin (Pak Ndak) - 25 tahun
2. 04 November - Idlan (Kak Hani Pak Ngah) - 8 tahun
3. 06 November - Faiz Farhan (Mak Cik) - 20 tahun
4. 16 November - Pak Njang Mardzuki & Mak Njang Hindun - 31st annv. (betoi kot kali ni)
5. 17 November - Hana Syafikah (Kak Bibah Mak Long) - 7 tahun
6. 18 November - Aisyah (Mak Cik) - 9 tahun
7. 28 November - Kak Hani & Abang Amin (Pak Ngah) - 10th annv.
Seluruh kaum kerabat keluarga Khalid mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada semua, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
Khamis, 30 Oktober 2008
Rabu, 29 Oktober 2008
Penghargaan dan Terima Kasih Untuk Semua.
1. Pak Lang sekeluarga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua kaum kerabat yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Menyambut Menantu di Kelab Laguna Merbok 26 Oktober yang lepas.
2. Sesungguhnya majlis tersebut bukan sekadar meraikan Iwan dan Faizah, tetapi juga merupakan satu perjumpaan keluarga, menemukan yang jauh dan yang dekat, yang lama tidak berjumpa, bertemu dan bertanya khabar.
3. Majlis ini juga jelas menunjukkan kekuatan ikatan Keluarga Khalid. Maklum balas dari tetamu yang hadir nyata positif. Saudara mara yang datang tidak begitu mengenali generasi baru Keluarga Khalid. Mereka lebih mengenali Ayah Khalid dan Mak Salmah. Atas 2 nama besar inilah juga mereka datang, mungkin juga nak melihat generasi baru Keluarga Khalid. Ternyata keluarga kita tidak menghampakan. Mereka kagum melihat hubungan erat kita sesama ahli keluarga, begitu mesra melayani mereka. The true spirit is, every single member of our family is a tuan rumah hari tu.
4. Meskipun ada jemputan di kalangan kawan-kawan lama Pak Lang, kawan-kawan Mak Lang dan juga kawan-kawan Iwan, namun Pak Lang tetap berpuas hati kita dapat sama-sama menjadikan majlis tersebut lebih sebagai medan perjumpaan keluarga seperti yang diharapkan. Kejayaan majlis di Kelab Laguna Merbok adalah kejayaan semua ahli Keluarga Khalid.
5. Sekali lagi ucapan terima kasih buat semua. Ikatan kita akan tetap berkekalan.
- Ikhlas dari Pak Lang Shuib, Mak Lang Ros; juga Iwan dan Faizah.
Majlis Resepsi Iwan & Faizah 26 Oktober 2008
Kelab Laguna Merbok diselubungi warna ungu sanak saudara Keluarga Khalid pada 26 Oktober 2008. Seawal jam 9:00 pagi kelab telah diserang untuk persiapan majlis. Meriah... cukup meriah.. sapa2 yg tak ada time tu memang you all rugi. You've missed something sebab event macam ni bukan selalu boleh dapat.
Kita dapat jumpa ramai kenalan dan sanak saudara, baik dari Tikam Batu, Matang Nyoq, Kepala Batas, Aloq Staq, Penang dan juga dari tempat2 yang sewaktu dengannya. Pak Lang pulak dapat jumpa ramai kawan2 lama masa kerja Kastam dulu. Walau pun letih dengan cuaca panas, nampak semua enjoy dan bergumbira. Sat atas sat bawah... Mentang2 kelab tu hari tu depa punya....
Pengantin pulak tak payah cerita laaa.. Dalam sibuk melayan tetamu, Kelab Laguna Merbok hari tu dah jadi tempat penggambaran. Macam2 pose depa bagi. Posinglah macam mana pun Iwan, Faizah... memang hari tu hari hampa berdua. Kami tumpang seronok dan ingin merakamkan tahniah buat anda berdua kerana dah menjadi sepasang suami isteri. Tahun depan Pak Lang dapat title Datuk leee....
Buat Pak Lang and family, tahniah juga kerana berjaya menganjurkan majlis dengan jayanya. Those wonderful moment will always be in our mind.
Sabtu, 25 Oktober 2008
MENJELANG 26 OKTOBER
Sabtu 25hb, kat Puterijaya (umah paklang) sibuk dengan persiapan menjelang 26 Oktober...
pagi dah sibuk packing kuih muih, maklang sibuk memasak kat dapur, maklong plak bawak mai bawa nasi dagang, lagi la.... nak makan laksa pun ada.......mmm kenyang sangat.
pagi dah sibuk packing kuih muih, maklang sibuk memasak kat dapur, maklong plak bawak mai bawa nasi dagang, lagi la.... nak makan laksa pun ada.......mmm kenyang sangat.
Malam pulak buat bacaan tahlil dan juga meraikan rombongan dari Kelantan.. Makan lagi... Dengan lauk ayam, daging, gulai ikan kering, phehhh.. rugi sapa takdak.
Pastu Paktam bagi briefing tentang agihan tugas semasa majlis besok. So, kita buat yang terbaik besok, pastikan majlis berjalan dgn lancar dan berjaya.
By 11.40pm semua dah letih. Harap2 esok pagi kita bersedia dengan lebih segar. SELAMAT MALAM KELUARGAKHALID.
Jumpa di Laguna Merbuk, besok 26 Oktober 2008.
Isnin, 20 Oktober 2008
JOM KONVOI...
raya dah abis......menjelang plak deepavali.....yang amik PMR pun dah abis....tinggal yang SPM plak....good luck ye sesapa yg berkenaan......do your best....
lagi beberapa ari kita akan berkumpul lagi.....meraikan pengantin baru pada 26/10/08. kalau dari kuala lumpur tu....jom kita berkonvoi malam sabtu, tempat berkumpul....umah mak cik kt bukit jalil....huhu....
YEEEHAAAAA.....!!!!
lagi beberapa ari kita akan berkumpul lagi.....meraikan pengantin baru pada 26/10/08. kalau dari kuala lumpur tu....jom kita berkonvoi malam sabtu, tempat berkumpul....umah mak cik kt bukit jalil....huhu....
YEEEHAAAAA.....!!!!
Ahad, 12 Oktober 2008
Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR
Kepada Intan, Syatbi, Angah dan Najhan, seluruh Keluarga Khalid mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan PMR (13 Okt - 17 Okt 08). Harapan ahli keluarga, buat yang terbaik, kita tunggu siapa score banyak A. Keluarga Khalid BOLEHH!!!
Jumaat, 10 Oktober 2008
Khamis, 9 Oktober 2008
Meraikan Ulang Tahun Sepanjang Oktober 2008
Berikut adalah senarai ahli keluarga yang akan meraikan ulang tahun sepanjang bulan Oktober:
1. 1 Okt - Suriah Mak Long - 34 tahun
2. 7 Okt - Datin Azizah (Mak Ngah) - 62 tahun
3. 8 Okt - Arhaezze Halimi - 14 tahun
4. 9 Okt - Khadijah @ Hindun (Mak Njang) - 56 tahun
5. 16 Okt - Zuraina Mak Long - 43 tahun
6. 17 Okt - Nadia Farahin - 17 tahun
7. 17 Okt - Pak Njang Mardzuki & Mak Njang Hindun - 31st wedding annv.
8. 22 Okt - Idham Khalid - 25 tahun
2. 7 Okt - Datin Azizah (Mak Ngah) - 62 tahun
3. 8 Okt - Arhaezze Halimi - 14 tahun
4. 9 Okt - Khadijah @ Hindun (Mak Njang) - 56 tahun
5. 16 Okt - Zuraina Mak Long - 43 tahun
6. 17 Okt - Nadia Farahin - 17 tahun
7. 17 Okt - Pak Njang Mardzuki & Mak Njang Hindun - 31st wedding annv.
8. 22 Okt - Idham Khalid - 25 tahun
9. 24 Okt - Arfahanis Norezzelin - 11 tahun
10. 27 Okt - Atikah Hazirah - 6 tahun
11. 30 Okt - Aizah Nazihah - 21 tahun
10. 27 Okt - Atikah Hazirah - 6 tahun
11. 30 Okt - Aizah Nazihah - 21 tahun
Setakat dalam rekod tu la yang ada. Anybody that I missed?
SELAMAT HARI LAHIR pada semua dan buat Pak Njang & Mak Njang HAPPY ANNV. Doa dari semua ahli keluarga khalid semoga dirahmati Allah serta panjang umur dan kekal berbahagia.
Khamis, 2 Oktober 2008
selamat hari raya dari gurun
2 syawal 1429. keluarga khalid berkumpul lagi... menjamu selera makan tengah hari dengan masakan ala-ala kampung.. dengan ikan bakarnya,gulai ikan,kerabu perut dan yang istimewanya sambal petai udang mak cik..phooohhh menjilat jari tuuuu...
Khamis, 25 September 2008
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429
Selasa, 23 September 2008
Raya Datang Lagi

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Keluarga Khalid. Diam tak diam dalam kita sibuk menjalani urusan seharian, Ramadhan sudahpun berada di penghujung. Tak lama lagi Syawal menjelma. Maka sekali lagi kita warga Khalid akan berkumpul di kesempatan Syawal yang barakah, mengambil peluang bertemu sanak saudara yang lama tak dijengah, bertanya khabar serta melepas rindu.
Dari yang nun berada di Johor atau Pahang, Lembah Kelang atau di mana saja di ceruk rantau, mencari rezeki atau menuntut ilmu, akhir Ramadhan pastinya tertumpu ke utara... BALIK KAMPUNG.
Raya tahun ini juga Keluarga Khalid mengalu-alukan ahli keluarga terbaru; suami kepada Shamsiah (Mak Long), anak sulung Arman Effendi (Pak Ngah), isteri dan anak sulung Amer Marwan (Pak Ngah) serta suami kepada Azida Nurasyikin (Pak Ndak). Menyusul tak lama lepas ni pulak isteri kepada Anas Irwan (Pak Lang) yang Insya Allah akan diijab kabulkan pada hari raya ke 4 di Kelantan.
Seterusnya Keluarga Khalid pasti akan berkumpul sekali lagi lepas raya nanti untuk Majlis Perkahwinan Anas Irwan di Laguna Merbuk pulak. Apa-apa pun kita mengharapkan perhimpunan raya Keluarga Khalid tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan kedatangan ahli-ahli baru Keluarga Khalid ini.
Selamat Datang & Welcome Aboard.
Jumpa semua petang raya ye....
Sabtu, 6 September 2008
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Langgan:
Ulasan (Atom)





