Khamis, 30 Oktober 2008

Rabu, 29 Oktober 2008

Penghargaan dan Terima Kasih Untuk Semua.


1. Pak Lang sekeluarga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua kaum kerabat yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Menyambut Menantu di Kelab Laguna Merbok 26 Oktober yang lepas.

2. Sesungguhnya majlis tersebut bukan sekadar meraikan Iwan dan Faizah, tetapi juga merupakan satu perjumpaan keluarga, menemukan yang jauh dan yang dekat, yang lama tidak berjumpa, bertemu dan bertanya khabar.

3. Majlis ini juga jelas menunjukkan kekuatan ikatan Keluarga Khalid. Maklum balas dari tetamu yang hadir nyata positif. Saudara mara yang datang tidak begitu mengenali generasi baru Keluarga Khalid. Mereka lebih mengenali Ayah Khalid dan Mak Salmah. Atas 2 nama besar inilah juga mereka datang, mungkin juga nak melihat generasi baru Keluarga Khalid. Ternyata keluarga kita tidak menghampakan. Mereka kagum melihat hubungan erat kita sesama ahli keluarga, begitu mesra melayani mereka. The true spirit is, every single member of our family is a tuan rumah hari tu.

4. Meskipun ada jemputan di kalangan kawan-kawan lama Pak Lang, kawan-kawan Mak Lang dan juga kawan-kawan Iwan, namun Pak Lang tetap berpuas hati kita dapat sama-sama menjadikan majlis tersebut lebih sebagai medan perjumpaan keluarga seperti yang diharapkan. Kejayaan majlis di Kelab Laguna Merbok adalah kejayaan semua ahli Keluarga Khalid.

5. Sekali lagi ucapan terima kasih buat semua. Ikatan kita akan tetap berkekalan.
- Ikhlas dari Pak Lang Shuib, Mak Lang Ros; juga Iwan dan Faizah.

Majlis Resepsi Iwan & Faizah 26 Oktober 2008


Kelab Laguna Merbok diselubungi warna ungu sanak saudara Keluarga Khalid pada 26 Oktober 2008. Seawal jam 9:00 pagi kelab telah diserang untuk persiapan majlis. Meriah... cukup meriah.. sapa2 yg tak ada time tu memang you all rugi. You've missed something sebab event macam ni bukan selalu boleh dapat.


Kita dapat jumpa ramai kenalan dan sanak saudara, baik dari Tikam Batu, Matang Nyoq, Kepala Batas, Aloq Staq, Penang dan juga dari tempat2 yang sewaktu dengannya. Pak Lang pulak dapat jumpa ramai kawan2 lama masa kerja Kastam dulu. Walau pun letih dengan cuaca panas, nampak semua enjoy dan bergumbira. Sat atas sat bawah... Mentang2 kelab tu hari tu depa punya....


Pengantin pulak tak payah cerita laaa.. Dalam sibuk melayan tetamu, Kelab Laguna Merbok hari tu dah jadi tempat penggambaran. Macam2 pose depa bagi. Posinglah macam mana pun Iwan, Faizah... memang hari tu hari hampa berdua. Kami tumpang seronok dan ingin merakamkan tahniah buat anda berdua kerana dah menjadi sepasang suami isteri. Tahun depan Pak Lang dapat title Datuk leee....


Buat Pak Lang and family, tahniah juga kerana berjaya menganjurkan majlis dengan jayanya. Those wonderful moment will always be in our mind.


Sabtu, 25 Oktober 2008

MENJELANG 26 OKTOBER


Sabtu 25hb, kat Puterijaya (umah paklang) sibuk dengan persiapan menjelang 26 Oktober...
pagi dah sibuk packing kuih muih, maklang sibuk memasak kat dapur, maklong plak bawak mai bawa nasi dagang, lagi la.... nak makan laksa pun ada.......mmm kenyang sangat.

Malam pulak buat bacaan tahlil dan juga meraikan rombongan dari Kelantan.. Makan lagi... Dengan lauk ayam, daging, gulai ikan kering, phehhh.. rugi sapa takdak.

Pastu Paktam bagi briefing tentang agihan tugas semasa majlis besok. So, kita buat yang terbaik besok, pastikan majlis berjalan dgn lancar dan berjaya.


By 11.40pm semua dah letih. Harap2 esok pagi kita bersedia dengan lebih segar. SELAMAT MALAM KELUARGAKHALID.


Jumpa di Laguna Merbuk, besok 26 Oktober 2008.

Isnin, 20 Oktober 2008

JOM KONVOI...

raya dah abis......menjelang plak deepavali.....yang amik PMR pun dah abis....tinggal yang SPM plak....good luck ye sesapa yg berkenaan......do your best....
lagi beberapa ari kita akan berkumpul lagi.....meraikan pengantin baru pada 26/10/08. kalau dari kuala lumpur tu....jom kita berkonvoi malam sabtu, tempat berkumpul....umah mak cik kt bukit jalil....huhu....
YEEEHAAAAA.....!!!!

Ahad, 12 Oktober 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR

Kepada Intan, Syatbi, Angah dan Najhan, seluruh Keluarga Khalid mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan PMR (13 Okt - 17 Okt 08). Harapan ahli keluarga, buat yang terbaik, kita tunggu siapa score banyak A. Keluarga Khalid BOLEHH!!!

Khamis, 9 Oktober 2008

Meraikan Ulang Tahun Sepanjang Oktober 2008


Berikut adalah senarai ahli keluarga yang akan meraikan ulang tahun sepanjang bulan Oktober:
1. 1 Okt - Suriah Mak Long - 34 tahun
2. 7 Okt - Datin Azizah (Mak Ngah) - 62 tahun
3. 8 Okt - Arhaezze Halimi - 14 tahun
4. 9 Okt - Khadijah @ Hindun (Mak Njang) - 56 tahun
5. 16 Okt - Zuraina Mak Long - 43 tahun
6. 17 Okt - Nadia Farahin - 17 tahun
7. 17 Okt - Pak Njang Mardzuki & Mak Njang Hindun - 31st wedding annv.
8. 22 Okt - Idham Khalid - 25 tahun
9. 24 Okt - Arfahanis Norezzelin - 11 tahun
10. 27 Okt - Atikah Hazirah - 6 tahun
11. 30 Okt - Aizah Nazihah - 21 tahun

Setakat dalam rekod tu la yang ada. Anybody that I missed?

SELAMAT HARI LAHIR pada semua dan buat Pak Njang & Mak Njang HAPPY ANNV. Doa dari semua ahli keluarga khalid semoga dirahmati Allah serta panjang umur dan kekal berbahagia.

MAJLIS PERKAHWINAN IWAN & FAIZAH


Jumpa semua di Kelab Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani 26 Oktober nanti ya...

Khamis, 2 Oktober 2008

selamat hari raya dari gurun

2 syawal 1429. keluarga khalid berkumpul lagi... menjamu selera makan tengah hari dengan masakan ala-ala kampung.. dengan ikan bakarnya,gulai ikan,kerabu perut dan yang istimewanya sambal petai udang mak cik..phooohhh menjilat jari tuuuu...