PROGRAM MAJLIS PERKAHWINAN MASNI & ROSLAN
DI GURUN KEDAH
3 Jun 2009
Perhimpunan keluarga bermula selepas asar di Penginapan “Tampak Jerai” Pak Teh dan Mak Teh di Gurun, Kedah.
Sebuah rumah homestay gaya kampung (mirip rumah Tok Wan Lid Sungai Mas) turut disediakan bertempat di Pekan Atap, satu kilometer dari “Tampak Jerai”.
Rombongan dari Terengganu dijangka sampai di Gurun jam 5.00 ptg dan akan menginap di homestay Perwaja.
6.30 ptg. Sajian makan malam. Sajian malam untuk keluarga Terengganu disediakan di tempat penginapan mereka.
7.32 mlm Sembahyang maghrib
8.40 mlm Berada di Masjid Gurun untuk solat Isyak berjemaah.
Solat.
Majlis akad nikah Roslan & Masni.
Sesi bersalaman dengan mak ayah dan mertua.
Solat sunat nikah.
Bersurai.
(Ahli keluarga Kedah balik ke “Tampak Jerai”.
Ahli keluarga Terengganu balik ke penginapan di Perwaja.
Persegaran disediakan di kedua-dua tempat.)
Taklimat pentadbiran majlis kenduri 4hb Jun.
Bersurai.
4 Jun 2009
9.00 pg Ahli Keluarga bersedia di “Tampak Jerai”. Sarapan di sediakan.
11.00 pg Majlis Tahlil oleh AJK Masjid Gurun bersama keluarga pengantin.
Sajian “kenduri”
12.00 th Ketibaan para jemputan
12.00 th Ketibaan Pengantin Lelaki berserta keluarga.
Sajian pengantin.
Sesi fotografi .
Rombongan pengantin lelaki bertolak balik ke Terengganu.
Majlis keraian diteruskan.
6.00 ptg Majlis dijangka selesai.
Ahad, 24 Mei 2009
Khamis, 21 Mei 2009
HANTU KEBAYA MERAH @ GURUN????
Petikan KOSMO Khamis 21/5/09
"Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.
Gambar tersebut dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan. Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.
Mohd. Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya Shatini yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.
Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.
p/s - nak tengok gambaq antu tu, cari soghat habaq KOSMO.

Sabtu, 9 Mei 2009
Selamat Hari Ibu
سلامت مڽمبوت هاري ايبو بوات بوندا سلماه، سوفيه، عزيزه، روسنه، هيندون، نوريده، سيتي مريم، ارفه، فوزيه، وان اسمه، حبيبه، زيتون، هانيزا، راسيده دان ايرين. كاموله راتو دهاتي كامي.
Jumaat, 8 Mei 2009
Ulang Tahun Sepanjang Bulan Mei
Antara ahli keluarga Khalid yang akan menyambut ulang tahun mereka sepanjang bulan Mei:
3hb - Nur Adlyn Alisha (anak bongsu Abg Amin & Kak Hani) - 2 tahun
8hb - Pak Cik Zul - 47 tahun
12hb - Mak Tam Arfah - 48 tahun
14hb - Arhaime Hamezze @ Angah (Pak Tam) - 16 tahun
19hb - Pak Ngah Mat - 63 tahun
19hb - Apaque @ Aris Zaidi 27 tahun
20hb - Pak Ndak Non & Mak Ndak Noridah 27th wedding anv.
25hb - Farah Izzati (anak Abg Fozi & Kak Ton) - 5 tahun
Ucapan Tahniah! Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki. Semoga berbahagia kekal abadi dari warga Gen-K.
Langgan:
Ulasan (Atom)