Khamis, 25 September 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA KAUM KELUARGA, SANAK SAUDARA KELUARGA KHALID.

Selasa, 23 September 2008

Raya Datang Lagi



Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Keluarga Khalid. Diam tak diam dalam kita sibuk menjalani urusan seharian, Ramadhan sudahpun berada di penghujung. Tak lama lagi Syawal menjelma. Maka sekali lagi kita warga Khalid akan berkumpul di kesempatan Syawal yang barakah, mengambil peluang bertemu sanak saudara yang lama tak dijengah, bertanya khabar serta melepas rindu.

Dari yang nun berada di Johor atau Pahang, Lembah Kelang atau di mana saja di ceruk rantau, mencari rezeki atau menuntut ilmu, akhir Ramadhan pastinya tertumpu ke utara... BALIK KAMPUNG.

Raya tahun ini juga Keluarga Khalid mengalu-alukan ahli keluarga terbaru; suami kepada Shamsiah (Mak Long), anak sulung Arman Effendi (Pak Ngah), isteri dan anak sulung Amer Marwan (Pak Ngah) serta suami kepada Azida Nurasyikin (Pak Ndak). Menyusul tak lama lepas ni pulak isteri kepada Anas Irwan (Pak Lang) yang Insya Allah akan diijab kabulkan pada hari raya ke 4 di Kelantan.

Seterusnya Keluarga Khalid pasti akan berkumpul sekali lagi lepas raya nanti untuk Majlis Perkahwinan Anas Irwan di Laguna Merbuk pulak. Apa-apa pun kita mengharapkan perhimpunan raya Keluarga Khalid tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan kedatangan ahli-ahli baru Keluarga Khalid ini.
Selamat Datang & Welcome Aboard.

Jumpa semua petang raya ye....

Sabtu, 6 September 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Aidilfitri 1428H