Rabu, 29 Oktober 2008

Majlis Resepsi Iwan & Faizah 26 Oktober 2008


Kelab Laguna Merbok diselubungi warna ungu sanak saudara Keluarga Khalid pada 26 Oktober 2008. Seawal jam 9:00 pagi kelab telah diserang untuk persiapan majlis. Meriah... cukup meriah.. sapa2 yg tak ada time tu memang you all rugi. You've missed something sebab event macam ni bukan selalu boleh dapat.


Kita dapat jumpa ramai kenalan dan sanak saudara, baik dari Tikam Batu, Matang Nyoq, Kepala Batas, Aloq Staq, Penang dan juga dari tempat2 yang sewaktu dengannya. Pak Lang pulak dapat jumpa ramai kawan2 lama masa kerja Kastam dulu. Walau pun letih dengan cuaca panas, nampak semua enjoy dan bergumbira. Sat atas sat bawah... Mentang2 kelab tu hari tu depa punya....


Pengantin pulak tak payah cerita laaa.. Dalam sibuk melayan tetamu, Kelab Laguna Merbok hari tu dah jadi tempat penggambaran. Macam2 pose depa bagi. Posinglah macam mana pun Iwan, Faizah... memang hari tu hari hampa berdua. Kami tumpang seronok dan ingin merakamkan tahniah buat anda berdua kerana dah menjadi sepasang suami isteri. Tahun depan Pak Lang dapat title Datuk leee....


Buat Pak Lang and family, tahniah juga kerana berjaya menganjurkan majlis dengan jayanya. Those wonderful moment will always be in our mind.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

majlis ni jugak buleh masuk malaysia book of record kot pasai kalau ikut pada shot2 gambaq yg diambek, ada lebih 1600 shot. Phooh.. kalau jeneh pakai KODAK dulu la, dah berpuluh2 roll tu. Bila tengok2 balik gambaq2 tu, memang la semua seghonok habeh. Lepaih ni sapa plak?

Tanpa Nama berkata...

lpas ni usung laptop...
amik gmbaq pkai webcam plak skali...
yg amik ngan hp pon ada...
tp dok tagak2 nk transfer...

Pak Ndak berkata...

tahniah pak lang.. kerana mendapat menantu, tahniah sekali lagi kerana berjaya menghimpunkan kalau tak semua pun, hampir-hampir semua keluarga, anak, cucu dan sahabat handai cikgu khalid. Satu memori manis yang segar dalam ingatan. Tahniah.

Pak Ndak minta maaf, handycam Pak Ndak buat hal pula. Gambar yang dirakam hari kenduri khitu, satu pun tak jadi. Pasai apa tak tau. Masa dok tengok dalam handycam tuu elok. Balik mai ghumah nak down load, apa pun taka. Sorry.

Tanpa Nama berkata...

bestnya gambar banyak....pendrive ani wat hal lg.... amabr sume dlm laptop ah....
ermmm....gambar2 ni nk upload kt mana.....rasanya flickr pun penuh...