Ahad, 24 Mei 2009

Aturcara Majlis 3 & 4 Jun 2009

PROGRAM MAJLIS PERKAHWINAN MASNI & ROSLAN
DI GURUN KEDAH


3 Jun 2009
Perhimpunan keluarga bermula selepas asar di Penginapan “Tampak Jerai” Pak Teh dan Mak Teh di Gurun, Kedah.

Sebuah rumah homestay gaya kampung (mirip rumah Tok Wan Lid Sungai Mas) turut disediakan bertempat di Pekan Atap, satu kilometer dari “Tampak Jerai”.

Rombongan dari Terengganu dijangka sampai di Gurun jam 5.00 ptg dan akan menginap di homestay Perwaja.

6.30 ptg. Sajian makan malam. Sajian malam untuk keluarga Terengganu disediakan di tempat penginapan mereka.

7.32 mlm Sembahyang maghrib

8.40 mlm
Berada di Masjid Gurun untuk solat Isyak berjemaah.

Solat.

Majlis akad nikah Roslan & Masni.

Sesi bersalaman dengan mak ayah dan mertua.

Solat sunat nikah.

Bersurai.
(Ahli keluarga Kedah balik ke “Tampak Jerai”.
Ahli keluarga Terengganu balik ke penginapan di Perwaja.
Persegaran disediakan di kedua-dua tempat.)

Taklimat pentadbiran majlis kenduri 4hb Jun.

Bersurai.



4 Jun 2009

9.00 pg
Ahli Keluarga bersedia di “Tampak Jerai”. Sarapan di sediakan.

11.00 pg Majlis Tahlil oleh AJK Masjid Gurun bersama keluarga pengantin.

Sajian “kenduri”

12.00 th Ketibaan para jemputan

12.00 th Ketibaan Pengantin Lelaki berserta keluarga.

Sajian pengantin.

Sesi fotografi .

Rombongan pengantin lelaki bertolak balik ke Terengganu.

Majlis keraian diteruskan.

6.00 ptg Majlis dijangka selesai.

8 ulasan:

@ni berkata...

Persegaran tu apa???

tam berkata...

refreshment laaa.. (mandi ka, makan ayaq ka)PERSEGARAN la tu.

Di berkata...

fresh = segar
kalo refreshment nk guna word apa lg kn...
sesuatu yg menyegarkn, cmna nk letak dlm teks tu...xkena...
maka wujudlah PERSEGARAN itu sendiri...
dia lebih kepada makan dan minum...

ingat komputer ja ka bleh refresh...

@ni berkata...

ooo....jamuan ringan ka...

kalau sebut refreshment tau la... :P

Di berkata...

aturcara tersebut agak bercorak rasmi...
maka perkataan persegaran digunakan sebagai mengutamakan bahasa kebangsaan...
huhuhu~

Hani berkata...

Terima kasih banyak atas update ni. SEnang buat plan bila dah tau aturcara. So, kita jumpa di sana!

Keluarga MariamKhalid berkata...

salam...
alhamdulillah, majlis telah berlangsung dgn lancarnya. jutaan malah billionan ucapan terima kasih yg tidak terhingga buat semua warga KeluargaKhalid yg sudi untuk turut sama menjayakan majlis dari hari persiapan, hari kejadian, dan hari kemudiannya walaupun berhempas pulas, bergolok bergadai(ni xdak kot), sanggup kempunan nasik kandaq datang dari jauh untuk bersama-sama menyerikan majlis perkahwinan pertama keluarga kami. tanpa anda, mungkin majlis tidak akan selancar yg terjadi. wassalam...

tam berkata...

kempunan nasi kandaq? mana adaaaaa....