
Menyambut hari bapa sama indahnya dengan menyambut hari ibu. Kerana kedua-dua insan ini amat berharga bagi seorang anak. Tanpa ibu dan ayah, tak mungkin kita wujud di dunia ini. Kerana itu jangan sesekali membeza-bezakan rasa kasih sayang itu, biarpun kadangkala seorang ayah sukar menunjukkan rasa sayangnya secara berterus terang berbanding ibu. Seorang ayah kadangkala menyembunyikan perasaannya kerana mahu menonjolkan satu ketegasan agar anak-anak memahami bahawa mereka adalah ketua keluarga yang wajib memikul segala dosa dan pahala anak-anak.
Setegas mana pun mereka, seorang ayah tidak akan mampu menyembunyikan perasaan sebenar mereka. Mereka tetap mendambakan luahan kasih sayang secara telus daripada anak-anak, biarpun anak-anak sekarang lebih terbuka menunjukkan rasa kasih pada seorang yang dipanggil ibu.
Bagi yang belum kehilangan ayah, zahirkanlah kasih sayang sepenuhnya sementara mereka masih ada. Luahkan rasa cinta itu, jangan dipendam dalam hati kerana apabila ayah sudah tiada, tidak ada suatu apa pun boleh menggantikannya.
SELAMAT HARI BAPA buat semua ayah, abah dan bapa warga Gen-K.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan